Sofia Bakery

... baking with love & passion

Latarbelakang Kami

 

Dinar Emas Trading, DET telah didaftarkan pada 31 Januari 2005, namun perniagaan ini telah bermula lebih 2 tahun yang lalu. Pada permulaan, syarikat telah memasarkan kek ke sekolah-sekolah menengah dan rendah, sekolah berasrama dan juga restoran-restoran di sekitar Selangor. Semasa awal penubuhan, DET lebih menumpukan kepada pembangunan produk dan jenama ' Dinar Emas ' untuk memasuki pasaran. Semenjak itu, DET telah berkembang dan dikenali terutamanya sebagai pembuat dan pembekal Kek Coklat Basah (Moist Choc. Cake) yang lazat dan berkualiti.

 

Kini, DET telah memasuki pasaran baru iaitu membekalkan kek untuk majlis-majlis seperti Perkahwinan, Hari Lahir, Mesyuarat dan lain-lain. Dengan rekabentuk kek yang terkini dan moden, kesemua pelanggan kami telah berpuas hati dan pasaran telah menjangkau hingga ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Putrajaya.

 

 Disamping itu, DET juga mengeluarkan biskut-biskut mengikut tempahan pada hari-hari perayaan tertentu. Biskut-biskut yang dikeluarkan ini diambil daripada resepi tradisi Melayu tanpa sebarang pengubahsuaian. Ini dapat menjamin rasanya disamping dapat mengekalkan biskut-biskut tradisi kita.

 

Tumpuan DET kini ialah untuk menjalankan R&D dalam pembungkusan dan pelabelan makanan supaya syarikat dapat memasuki pasaran yang lebih terbuka dan dapat mengawal kualiti produk. Dengan kerjasama dan bimbingan yang diberikan oleh FAMA, syarikat berharap dapat memajukan industri makanan ini dan dapat memasuki pasaran Halal dunia.

Fuhh..! Tinggi betul cita-cita kami ni. Tapi apa nak buat, bukan senang nak jadi senang. Banyak pulak nak hulur.. (paham-paham je laa..) Kami ni pulak, tak pandai nak hulur-hulur nih. Apa nak buat.. tunggu je laa.. bila Bulan jatuh ke riba.