Sofia Bakery

... baking with love & passion

News

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Posted by hariri on January 6, 2014 at 12:10 PM

 Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua Pelanggan yang dikasihi... :)


Semoga tahun baru ini kita akan mendapat idea baru, semangat baru dan sentiasa dibawah lindunganNya dalam apa jua yang kita lakukan.


Kami berharap tahun baru ini memberikan kami ruang agar dapat mendekati pelanggan dengan lebih kerap dan dapat berinteraksi dengan lebih mudah. Kepada sesiapa yang belum melawat kami di Facebook, cari page kami SOFIA BAKERY dan jangan lupa klik LIKE. InsyaAllah ada sesuatu yang ISTIMEWA untuk anda nanti. :D


Sepanjang penglibatan kami selama 10 tahun dalam bidang ini, banyak pahit dan manis yang kami tempuhi. Segala kesukaran kami hadapi dengan penuh ketabahan. Segala kesenangan kami nikmati dengan penuh kesyukuran. Setiap perniagaan pasti ada masa jatuh dan bangunnya. Kami juga tidak terkecuali. Walaubagaimana pun, pada kami ANDA sebagai Pelanggan adalah penggerak perniagaan kami. Kami amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami dan tidak jemu-jemu menempah produk kami.


Jadi, sebagai balasan TANDA TERIMA KASIH...kami ada merancang sesuatu tahun ini. Kami harap perancangan kami akan berjalan lancar. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, sila LIKE kami di Facebook page SOFIA BAKERY. InsyaAllah kami akan beritahu dalam masa terdekat setelah semua perancangan selesai.


Semoga hari ANDA sentiasa ceria dan diberkati.

-Admin-

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments