Sofia Bakery

... baking with love & passion

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua pengunjung laman web ini. setelah selama 5 tahun kami telah beroperasi, kini kami telah mengorak langkah kehadapan dengan menambah koleksi kek kami dan memperbaharui produk dan servis yang ada. Kami juga disini tidak terkecuali menerima kesan daripada kelembapan ekonomi tahun lepas dan berharap pada tahun ini, iainya akan bertambah baik.

Pada tahun 2010 ini, antara perkara yang telah kami perbaharui ialah dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan peralatan kek perkahwinan.

Bagi kek perkahwinan pula, kini terdapat jenis cup kek yang telah dikeluarkan mengikut trend masa kini dan di hias mengikut citarasa pelanggan kami.

Semoga apa yang kami paparkan di laman ini dapatlah memberi serba sedikit maklumat kepada pelanggan-pelanggan kami. Jika ada sebarang pertanyaan serta cadangan, silalah hubungi kami di alamat yang tertera.