Sofia Bakery

... baking with love & passion

Terma dan Syarat Tempahan

Pelanggan yang hendak membuat Tempahan dengan Kami, perlu bersetuju dengan Terma & Syarat dibawah.

 1. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu dari Tarikh Pengambilan tempahan. Sebarang tempahan yang dibuat 1minggu dari Tarikh Pengambilan tempahan, adalah atas budi bicara Kami dan berdasarkan bekas yang sedia ada di pasaran. Tempahan kurang dari 5 hari sebelum majlis atau pengambilan,

 2. Setiap tempahan adalah berdasarkan bekas sedia ada yang terdapat di Pasaran yang ditetapkan oleh Kami.

 3. Penghantaran - boleh dibuat berdasarkan permintaan setelah Pelanggan bersetuju untuk membayar Caj Penghantaran (untuk setiap  Penghantaran) seperti yang ditetapkan.

 4. Caj Penghantaran – tidak termasuk Kos Kerja mengangkat Tempahan (Labour Charge) yang dihantar. Jadi, Pelanggan harus  menyediakan orang untuk mengangkat Tempahan tersebut.

 5. Bukti Penghantaran – Pelanggan harus memeriksa Tempahan yang Kami hantar dan bersetuju bahawa setiap Tempahan yang dihantar dalam keadaan baik dengan menandatangani Bil yang diserahkan.

 6. Masa Penghantaran – akan ditetapkan berdasarkan Jadual Penghantaran yang Kami ada. Pelanggan harus bersetuju dengan Jadual Penghantaran Kami dan Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat Perubahan dalam Jadual Penghantaran Kami.

 7. Deposit – sebagai bukti Pelanggan bersetuju untuk membuat Tempahan & bersetuju dengan Terma & Syarat Tempahan Kami. Tanpa deposit, Kami akan mengambil kira bahawa Pelanggan tidak bersetuju dengan Terma & Syarat Kami dan tidak pernah membuat sebarang Tempahan dengan Kami.

 8. Deposit yang perlu dibayar adalah sebanyak 50% daripada jumlah RM untuk setiap Tempahan yang dibuat. Resit akan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan deposit daripada Pelanggan. Resit hanya akan dikeluarkan setelah deposit diterima. Sekiranya jumlah RM tempahan dibawah RM200, Pelanggan perlu membuat pembayaran penuh semasa membuat tempahan.

 9. Pembayaran Deposit – boleh dibuat melalui :  

                                 ‘Tunai’ terus kepada Kami, atau

                                'Cash Deposit Machine’ terus ke dalam akaun bank Kami, atau

                                 ‘Online’ terus ke dalam akaun bank Kami, atau

                                  'Cek’ diatas nama ‘Dinar Emas Trading’.

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya, Pelanggan telah melakukan kesilapan dengan memasukkan Deposit ke dalam akaun bank yang salah (iaitu bukan akaun bank Kami).

 10.     Bil – hanya akan dikeluarkan semasa Penghantaran atau Pengambilan Tempahan.

 11.    Tempahan yang Dibatalkan – harus diberitahu 2 minggu sebelum Tarikh Pengambilan Tempahan. Tempahan yang dibatalkan 1 minggu sebelum Tarikh Pengambilan Tempahan tidak akan mendapat Deposit semula.

12.   Baki Bayaran Tempahan – perlu dijelaskan semasa Pengambilan Tempahan atau semasa Penghantaran dibuat.

 13.   Pembayaran Baki - dalam bentuk RM TUNAI Sahaja. Cek - boleh diterima , tetapi Pelanggan perlu pastikan cek sudah ditunaikan sebelum penghantaran atau sebelum mengambil Tempahan.

 14.   Tarikh Pengambilan Tempahan – mengikut tarikh yang ditetapkan semasa tempahan dibuat. Sebarang perubahan harus diberitahu 1 minggu lebih awal dari tarikh pengambilan tempahan.

 15.   Perubahan Tempahan – harus diberitahu 1 minggu sebelum tarikh pengambilan untuk mengelakkan sebarang kesulitan (supaya bekas   yang ditempah boleh didapati semasa perubahan dibuat). Sekiranya bekas yang ditempah pada saat akhir tidak boleh didapati di pasaran, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan.

 16. Masa Pengambilan Tempahan – harus diberitahu 1 minggu sebelum tarikh pengambilan tempahan supaya kami dapat bersedia terhadap sebarang kesulitan. Sekiranya Pelanggan membuat perubahan kurang dari masa yang diberikan, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi Pelanggan.

 17. Cara membuat Perubahan Tempahan & Masa Pengambilan Tempahan – sebarang perubahan Tempahan harus dibuat secara bertulis iaitu melalui Sms, Surat atau Emel. Sekiranya Pelanggan tidak mematuhi syarat tersebut, kami tidak akan bertanggungjawab.

 18. Kerosakkan Tempahan – kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan Tempahan setelah Penghantaran dibuat.      Pelanggan harus bertanggungjawab sepenuhnya setelah menerima Produk yang ditempah. Ini termasuk cara menyimpan dan mengendalikan Produk tersebut.

Cara-cara Membuat Tempahan

1. Setelah Anda memahami Terma & Syarat Tempahan, Anda boleh membuat Tempahan dengan kami.

2. Sila ke "Photo Gallery" untuk pilihan Anda.

3. Ambil Kod yang kami sediakan - sekiranya tiada, anda boleh bertanya pada kami. 

4. Tempahan boleh dibuat melalui Form "Contact Us", Emel, Sms atau Telefon.

5. Setelah bersetuju dengan harga yang ditetapkan, Anda boleh membuat Tempahan dengan menyatakan : 

  1. Nama
  2. No. Telefon
  3. Alamat
  4. Tarikh Kenduri
  5. Tarikh Penghantaran atau Tarikh Pengambilan Tempahan
  6. Tempahan Anda beserta Kod yang dipilih atau mengikut pilihan Anda sendiri.

6. Deposit sebanyak 50% daripada Jumlah Keseluruhan (termasuk Caj Penghantaran) hendaklah dibayar seperti yang dinyatakan didalam "Terma & Syarat Tempahan". No. akaun akan diberi untuk Pembayaran Deposit.

7. Confirmation Order, hanya setelah Deposit diterima. 

8. Setelah Deposit diterima, kami akan memberikan Anda no. Resit.

9. Tempahan yang berjumlah RM200.00 & ke bawah, perlu dibayar penuh.

10. Selanjutnya, sama seperti "Terma & Syarat Tempahan" di atas.

<br>

Selayang, Seri Gombak                                                                          = RM10.00

KL, Taman Melawati, Keramat, Sungai Buloh, Batang Kali,

Kg. Pandan, Ampang, Shah Alam                                                      = RM50.00

Puchong                                                                                                       = RM60.00

Putrajaya                                                                                                     = RM70.00

Bandar Baru Salak Tinggi, Kuala Selangor                                     = RM80.00

Luar Selangor                                                                                            = minimum RM100.00